Saturday, 28 January 2012

Menanam Anak Pokok Sawit

Anak Pokok Sawit hendaklah ditanam secepat yang mungkin setelah dipindahkan dari tapak semaian untuk mengelak kejutan dan juga selepas semua prasarana di ladang telah selesai. Sekeliling tittik tanaman (radius 1 meter) hendaklah bersih dari rumpai, tunggul dan sebagainya. Pastikan tiada titik tanaman tertinggal untuk mengelak kos sulaman (supply). Menanam anak sawit adalah sesuai di permulaan musim hujan, atau pastikan tidak menanam di musim kemarau untuk mengelak kejutan pada pokok.


Berikut adalah kaedah ringkas penanaman sawit:

  • Lubang penanaman hendaklah disediakan lebih awal dan lubang mesti lebih besar dari saiz polibeg untuk lebih memudahkan kerja penanaman nanti.
  • Taburkan 400gm - 500gm baja batuan fosfat di sekeliling lubang.
  • Buangkan plastik polibeg dari pokok dan hiris dengan cermat gunakan pisau
  • Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu masuk ke lubang dan lapisan dalam kemudian(lojiknya tanah di lapisan atas mempunyai baja semulajadi(humus)
  • Pastikan anak benih yang ditanam tegak
  • mampatkan tanah disekeliling tanpa merosakkan akar


No comments:

Post a Comment