Sunday 25 December 2011

Pembinaan Jalan di Kebun Sawit

Jalan dibina di ladang sawit untuk memudahkan kerja seperti menghantar baja, mengambil hasil buah dan memudahkan perjalanan pekerja untuk melakukan rutin ladang. Sebaiknya jalan yang dibina tidak terlalu rata, yang bermaksud jalan itu permukaannya cembung (camber) untuk mengelak bertakungnya air. air yang bertakung memudahkan jalan untuk rosak. Pembinaan jalan yang menggunakan gravel/laterit boleh ditangguhkan sehingga 2/3 tahun penuaian.
Jalan ladang sawit ini terbahagi kepada dua, iaitu jalan utama(main road) dan jalan kebun(field road). Jalan utama dibina selebar 6m dan jalan kebun pula 4m.



No comments:

Post a Comment