Sunday 25 December 2011

Pembinaan Jalan di Kebun Sawit

Jalan dibina di ladang sawit untuk memudahkan kerja seperti menghantar baja, mengambil hasil buah dan memudahkan perjalanan pekerja untuk melakukan rutin ladang. Sebaiknya jalan yang dibina tidak terlalu rata, yang bermaksud jalan itu permukaannya cembung (camber) untuk mengelak bertakungnya air. air yang bertakung memudahkan jalan untuk rosak. Pembinaan jalan yang menggunakan gravel/laterit boleh ditangguhkan sehingga 2/3 tahun penuaian.
Jalan ladang sawit ini terbahagi kepada dua, iaitu jalan utama(main road) dan jalan kebun(field road). Jalan utama dibina selebar 6m dan jalan kebun pula 4m.



READ MORE- Pembinaan Jalan di Kebun Sawit

Pemilihan Anak Benih Sawit

Apa yang di katakan Benih Sawit Yang Berkualiti


  • Tulen hasil dari kacukan dura dan pisifera (DxP) terdapat juga benih yang diperoleh dari proses tisu kultur
  • Diperolehi dari tapak semaian yang berwibawa dan mempunyai lesen menjual yang sah.
  • Cukup umur. umur yang cukup di sini bermaksud yg minimum 10 bulan hingga 14 bulan. 12 bulan adalah yang terbaik.
  • Bebas dari penyakit.
  • Telah melalui proses pemilihan di tapak semaian atau kata orang putih dia "culling", iaitu PENAKAIAN dalam melayunya.. hehe

1. Benih Yang Tulen dari kacukan

DURA (Sh+Sh+)

Lebih kita kenali sebagai induk betina, 
- 60% Mesokarpa(mesokarpa/biji buah)
-30% Tempurung(tempurung/biji buah)
-10% Isirong(kernel/biji buah)
-18% Minyak (minyak/tandan)



Pisifera(Sh-Sh-)

Lebih kita kenali sebagai induk jantan
-0% tempurung 
- tiada tempurung bermakna tiada kernel/isi rung


Tenera(Sh+Sh-)

Hasil kacukan dura+pisifera dan yang digunakan di ladang komersil di negara kita
-80% Mesokarpa (Mesocarp/fruit)
-10%Tempurung (Shell/fruit)
-10% Isirung (kernel/fruit)
-24% Minyak (Oil/Bunch)




2. Dapatkan benih dari tapak semaian yang berwibawa

tapak semaian yang berwibawa adalah tapak semaian yang mempunyai lesen yang sah dan yang mengamalkan pengurusan tapak semaian yang baik.

contoh lesen penjual benih sawit/lesen tapak semaian
Tapak semaian, pengurusan yang baik di mana polibag, tanah, pengairan dan jarak antara polibag di jaga.

3. Benih yang cukup umur

Anak benih yang hendak ditanam hendaklah yang cukup umur iaitu dari 10 bulan hingga ke 14 bulan. Ini adalah untuk memastikan yang benih betul-betul bersedia untuk dipindahkan ke ladang.


Benih yang baik dan bersedia untuk dipindahkan ke ladang

4. Anak Benih yang bebas dari penyakit

Contoh penyakit
-Antraknos (Botrydiplodia sp., Melamconium sp., Glomerella sp.)
-Penyakit bintik daun (Culvularia, Drechslera, Cochliobolus, Helminthosporium)
-Karah anak benih (Phythium, Rhizoctonia)




5. Pemilihan atau Penakaian (culling)

Penakaian adalah proses dimana kita mengenal pasti dan memusnahkan anak benih yang tidak normal di peringkat Tapak semaian. Penakaian hendaklah dilakukan dengan tegas bagi memastikan benih yang tidak normal/tidak sihat tidak tertanam di ladang.


Antara benih benih yang dipilih untuk dimusnahkan








READ MORE- Pemilihan Anak Benih Sawit