Saturday 28 January 2012

Masalah Kekurangan Nutrien Utama

Dulu masa berbincang dengan sekumpulan pekebun pekebun kecil, selalu saya bertanya kepada mereka macam mana kita nak mengenali pokok kita "kurang makan" atau kekurangan nutrien lah tu... tidak kurang ada yang tahu, dan ada tidak tahu.. golongan yang tidak tahu ini biasanya hanya akan bertindak apabila sawit sudah tidak mengeluarkan hasil dan sudah teruk... entry berikut saya nak kongsikan kekurangan nutrien utama pada sawit



Nitrogen berperanan dalam membantu proses fotosintesis dan kesegaran pokok. jadi tidak hairanlah mengapa pokok sawit yang kekurangan Nitrogen akan kekuningan. Baja UREA adalah baja utama untuk mengatasi kekurangan nutrien ini.


Kekurangan nutrien ini amat sukar untuk dikesan, malah oleh pakar juga jika melihatkan dari fizikal luaran, dari daun la tu. Cara untuk memerhatikan kekurangan nutrien ini hanyalah dengan pemerhatian kepada daun lalang di sekitar. jika daun lalang bewarna keunguan, maka pokok anda kekurangan Fosforus. Nutrien ini berperanan dalam fotosintesis, memindahkan tenaga dalam tumbuhan dan pertumbesaran. Baja yang digunakan jika kekurangan nutrien ini adalah dengan menabur batuan fosfat.


Potassium atau Kalium ini berperanan dalam membawa makanan, mengaktifkan enzif, ketegangan air dan ketahanan melawan penyakit. sumber nutrien boleh didapati dari abu tandan.

Kekurangan dalam nutrien lain akan saya masukkan dalam entry yang lain atau masukkan saja dalam entry yang ni... 


READ MORE- Masalah Kekurangan Nutrien Utama

Masalah Pokok Sawit Condong

Masalah pokok sawit condong adalah perkara biasa kita dengar di kawasan penanaman yang bertanah gambut. Masalah condong ini sering menjejaskan operasi ladang dan menjejaskan hasil.





Masalah condong ini memang sukar untuk dielakkan di tanah gambut. tetapi dengan pemampatan tanah dan teknnik penanaman yang sesuai, masalah pokok sawit condong ini mungkin dapat dikurangkan. Sila rujuk entry saya sebelum ini dalam Penanaman Anak Sawit di kawasan Gambut


READ MORE- Masalah Pokok Sawit Condong

Penanaman Anak Benih di Tanah Gambut

Sebelum ini saya ada bercerita tentang penanaman di dalam Menanam Anak Pokok Sawit(normal) jadi dalam entry yang ini saya cuba la ceritakan beberapa teknik penanaman di tanah gambut. kaedah yang sering di gunakan di kawasan tanah gambut adalah tanam lubang di dalam lubang (hole in hole).Selain itu terdapat juga teknik penanaman condong(Slanting hole Planting) dan akan saya ceritakan pada akhir entry ini.

Hole in Hole

Teknik ini sering dipraktikkan di ladang mengikut tahap kedalaman gambut di kawasan ladang dan berikut adalah kaedah di tanah gambut:

kaedah penanaman di tanah gambut


Gambar di atas menunjukkan rupa teknik hole in hole.. selalunya akan menggunakan mesin excavator yang telah diubahsuai jengkautnya. ini akan memadatkan tanah di sekeliling titik tanaman terus mampu melambatkan masalah pokok sawit condong.

Slanti Hole Planting Technique

Jika kawasan sawit itu tidak dimampatkan teknik tanaman condong ini disyorkan. condong bukan sebarang condong tapi hendaklah condong sehala. Masalah besar di kawasan tanah gambut ini adalah pokok sawit yang sering condong(leaning palm). dengan teknik ini tidak juga dijamin pokok sawit kita tidak akan condong tapi, masalah pokok tumbang dapat dikurangkan, dan pokok sawit dapat dirancang arah tumbangnya dan tidak mengganggu lorong tuai/parit dan pokok lain.



READ MORE- Penanaman Anak Benih di Tanah Gambut

Menanam Anak Pokok Sawit

Anak Pokok Sawit hendaklah ditanam secepat yang mungkin setelah dipindahkan dari tapak semaian untuk mengelak kejutan dan juga selepas semua prasarana di ladang telah selesai. Sekeliling tittik tanaman (radius 1 meter) hendaklah bersih dari rumpai, tunggul dan sebagainya. Pastikan tiada titik tanaman tertinggal untuk mengelak kos sulaman (supply). Menanam anak sawit adalah sesuai di permulaan musim hujan, atau pastikan tidak menanam di musim kemarau untuk mengelak kejutan pada pokok.


Berikut adalah kaedah ringkas penanaman sawit:

  • Lubang penanaman hendaklah disediakan lebih awal dan lubang mesti lebih besar dari saiz polibeg untuk lebih memudahkan kerja penanaman nanti.
  • Taburkan 400gm - 500gm baja batuan fosfat di sekeliling lubang.
  • Buangkan plastik polibeg dari pokok dan hiris dengan cermat gunakan pisau
  • Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu masuk ke lubang dan lapisan dalam kemudian(lojiknya tanah di lapisan atas mempunyai baja semulajadi(humus)
  • Pastikan anak benih yang ditanam tegak
  • mampatkan tanah disekeliling tanpa merosakkan akar


READ MORE- Menanam Anak Pokok Sawit